Mozilla membangunkan pelayar, aplikasi, kod dan peralatan yang mengutamakan pengguna sebelum keuntungan.
Misi kami: Memastikan internet sentiasa terbuka dan mudah diakses oleh orang.
Tindakan bagi Misi kami
Perintis Internet Terbuka
Kepimpinan kami telah berada di barisan hadapan dalam membina Internet yang sihat sejak hari pertama. Apa yang bermula sebagai alternatif kepada dominasi badan korporat, telah berkembang menjadi kuasa kebaikan global dalam talian.
Firefox: Pantas Demi Kebaikan
Apabila anda menggunakan Firefox, anda mendapat pengalaman yang pantas sambil menyokong misi Mozilla dalam memastikan internet sentiasa sihat, aneh dan mengalu-alukan semua pihak.
Visi Mozilla untuk Web
Baca tentang visi kami untuk Web dan cara kami berhasrat untuk meneruskan visi tersebut.
Talking Tech Issues IRL
Dalam podcast Mozilla ini, pengacara Bridget Todd berbual bicara dengan mereka yang membentuk masa depan internet dan AI.
Syarikat Korporat. Yayasan. Bukan berasaskan keuntungan.
Mozilla mengutamakan pengguna sebelum keuntungan dalam setiap benda yang kami luah, bangun dan laksanakan. Ada sebuah Yayasan bukan berasaskan keuntungan di dalam syarikat kami.
Ketahui tentang Mozilla FoundationManifesto Mozilla
Prinsip-prinsip yang kami tuliskan pada 1998 masih menjadi panduan kami hari ini. Pada tahun 2018, kami menulis adendum bagi menekankan soal penyertaan, privasi dan keselamatan untuk semua orang dalam talian.
Baca Manifesto KamiPandangan Global
San Francisco
2000 tetamu bukan pekerja disambut setiap tahun
Berlin
500 peserta tahunan ke siri penceramah Berlin
Toronto
800 botol kopi bancuhan sejuk diminum setiap tahun.