Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Perkhidmatan Langganan Mozilla | Notis Privasi

Di Mozilla, kami menghasilkan produk dengan mengambil kira privasi anda.

Mozilla VPN melindungi sambungan internet peranti anda. Mozilla bekerjasama dengan Mullvad untuk menyulitkan trafik internet anda secara peribadi dan selamat.

Mozilla Monitor boleh mengawasi untuk melihat sama ada mana-mana akaun anda berada dalam pelanggaran data yang diketahui. Di sesetengah wilayah, ia juga boleh membantu anda mengimbas dan menyingkir maklumat anda dari tempat-tepat di serata web.

Firefox Relay melindungi identiti anda dengan topeng e-mel dan di sesetengah wilayah dengan topeng yang selamat. Topeng e-mel dan telefon kami yang selamat dan mudah digunakan membantu mengekalkan privasi identiti anda supaya anda boleh mendaftar untuk akaun baharu tanpa nama, menghentikan teks spam dan panggilan sampah serta hanya menerima e-mel yang anda inginkan dalam peti masuk anda.

Notis privasi ini menerangkan jenis data yang Mozilla VPN, Mozilla Monitor dan Firefox Relay kumpul, kongsi, dan tujuannya. Kami juga mematuhi Dasar Provasi Mozilla mengenai cara kami menerima, mengendalikan dan berkongsi maklumat.

Perkara Anda Perlu Tahu

Maklumat akaun Mozilla. Perkhidmatan ini memerlukan akaun Mozilla yang menghantar alamat e-mel, lokasi dan alamat IP anda ke Mozilla. Ketahui lebih lanjut tentang amalan data Akaun Mozilla.

Maklumat pembayaran. Apabila anda melanggan perkhidmatan yang memerlukan langganan berbayar, anda akan menghantar bayaran melalui salah satu daripada penyedia pembayaran pihak ketiga kami: Stripe, Apple, PayPal atau Google Pay. Mozilla menerima rekod akaun anda (termasuk alamat bil dan empat digit terakhir kaedah pembayaran anda) dan status langganan akaun anda. Mozilla tidak menyimpan butiran lengkap pembayaran anda.

Mozilla VPN

Data interaksi. Pengumpulan data interaksi dinyahdaya secara default. Jika anda memilih untuk masuk, Mozilla akan menerima data tentang interaksi anda dengan Mozilla VPN. Sebagai contoh, kami akan dapat mengetahui perkara seperti jika anda telah mengecualikan mana-mana Aplikasi daripada perlindungan (tetapi bukan mana satu), bilangan peranti yang anda gunakan untuk Langganan Mozilla VPN dan sama ada anda telah mendayakan ciri sekatan iklan atau tidak. Untuk semakan penuh telemetri kami, anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam data interaksi VPN. Kami menggunakan data interaksi untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan untuk pengguna kami, dan untuk mengukur prestasi perkhidmatan.

Sebagai tambahan, bagi membantu memahami keberkesanan kempen pemasaran kami, Mozilla boleh menerima alamat IP anda sebagai tambahan kepada data kempen dan data rujukan seperti jenis kempen iklan yang anda terlibat dan sistem pengendalian anda, jenis peranti, pengecam peranti, dan versi sistem pengendalian. Mozilla berkongsi maklumat ini dengan Adjust tetapi kami tidak berkongsi atau menyimpan alamat IP anda. Baca Dokumentasi pelarasan.

Data teknikal. Dalam perkhidmatan, Alamat IP anda dikumpulkan secara sementara sebagai sebahagian daripada log pelayan kami selama 90 hari. Bagi VPN, VPN juga menerima maklumat asas tentang versi yang telah dipasang pada perisian klien Mozilla VPN anda, dan peranti yang telah dipasangkan, termasuk sistem pengendalian dan konfigurasi perkakasan. Kami menggunakan data teknikal untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan untuk pengguna kami, dan untuk mengukur prestasi perkhidmatan.

Sebagai tambahan, jika anda telah memberi kebenaran kepada pengumpulan data dalam aplikasi, rakan kongsi kami Sentry.io akan menerima data teknikal bagi tujuan pengawasan ralat dan prestasi. Ketahui lebih lanjut di Dasar Privasi Sentry.io.

Data lokasi. Mozilla menerima alamat IP anda apabila anda mendaftar dan menggunakan perkhidmatan dan ia dikumpulkan sebagai sebahagian daripada log pelayan kami selama 90 hari; kami menggunakan alamat IP untuk menganggarkan lokasi anda kerana ketersediaan Perkhidmatan Langganan Mozilla, harga dan tawaran mungkin bergantung pada negara anda. Kami juga menggunakannya untuk tujuan pencegahan penipuan dan penyalahgunaan produk-produk kami.

Data rangkaian. Apabila anda aktifkan Mozilla VPN, ia akan menyulitkan trafik internet anda dan hantar kepada Mullvad. Tiada log untuk aktiviti rangkaian anda yang dikekalkan sama ada oleh Mozilla atau rakan kongsi kami Mullvad apabila anda menggunakan perkhidmatan Mozilla VPN dalam apa juga keadaan. Ketahui lebih lanjut di Dasar Privasi Mullvad.

Mozilla Monitor

Data interaksi. Mozilla menerima data tentang interaksi anda dengan perkhidmatan. Sebagai contoh, apabila anda log masuk dan keluar dan pilihan yang anda tetapkan; ketahui lebih lanjut tentang data interaksi Monitor. Secara amnya, Mozilla juga mungkin menggunakan kuki, maklumat peranti dan alamat IP bersama dengan GIF yang jelas, kuki dan perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami memahami secara agregat bagaimana pengguna terlibat dengan produk, perkhidmatan, komunikasi, laman web, kempen dalam talian, snippet, peranti dan platform kami yang lain. Kami menggunakan:

  • HaveIbeenpwned. HaveIbeenpwned menerima versi cincang alamat e-mel anda bagi melakukan imbasan pada tempat di mana data peribadi anda mungkin telah dikompromi. HaveIbeenpwned mengekalkan data peribadi ini diimbas secara berterusan untuk pelanggaran baharu; anda boleh meminta alamat e-mel anda dikeluarkan daripada HaveIbeenpwned melalui mekanisme pilihan keluar.

  • OneRep. Jika lokasi anda di Amerika Syarikat dan anda melanggan Monitor Plus, OneRep menerima nama pertama dan nama akhir, alamat e-mel, nombor telefon, alamat fizikal dan tarikh lahir anda bagi mengimbas tapak broker data untuk mencari data peribadi anda dan meminta untuk mengeluarkannya. OneRep menyimpan data peribadi anda sehingga anda menamatkan langganan Monitor bagi memeriksa sama ada maklumat anda muncul di laman tambahan atau telah muncul semula di tapak yang anda telah dialihkan keluar.

  • Amazon Web Services (AWS). Mozilla Monitor menggunakan AWS supaya dapat menghantar e-mel kepada anda berhubung dengan Perkhidmatan Mozilla Monitor, yang termasuk Laporan Penuh, Pemberitahuan Pelanggaran dan Petua Keselamatan. Data ini akan dihapuskan apabila anda menghentikan langganan Monitor.

  • Formstack. Mozilla Monitor menggunakan Formstack untuk menangkap maklum balas yang disediakan oleh pengguna secara pilihan. Untuk maklumat tentang amalan privasi Formstack, baca Dasar Privasi Formstack.

  • Google Analytics. Mozilla Monitor menggunakan Google Analytics untuk mendapatkan metrik tentang bagaimana pengguna melibatkan diri dengan laman web kami. Ini membantu kami meningkatkan kandungan tapak. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Google menggunakan maklumat peribadi anda, sila layari Privasi & Keselamatan Google Analytics. Anda boleh pasang Alat Tambah Penyemak Imbas Pilihan Keluar Google Analytics untuk menghalang pengumpulan data tentang kunjungan anda ke Perkhidmatan dan melarang transmisi data ke Google Analytics.

Firefox Relay

Data interaksi. Mozilla menerima data tentang interaksi anda dengan Firefox Relay, sebagai contoh apabila anda log masuk dan keluar dan pilihan yang anda tetapkan. Ketahui lebih lanjut tentang data interaksi Relay; anda boleh memilih untuk keluar daripada pengumpulan ini dengan memasang ciri Do Not Track (DNT) pada penyemak imbas anda.

Secara amnya, Mozilla juga mungkin menggunakan kuki, maklumat peranti dan alamat IP bersama dengan kuki dan perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami memahami secara agregat bagaimana pengguna terlibat dengan produk, perkhidmatan, komunikasi, laman web, kempen dalam talian, snippet, peranti dan platform kami yang lain. Kami menggunakan:

  • Google Analytics, yang menempatkan kuki pada peranti anda untuk mendapatkan metrik tentang bagaimana pengguna menggunakan laman web kami. Ini membantu kami meningkatkan kandungan tapak. Untuk menghalang Google Analytics daripada mengumpulkan data tentang penggunaan Mozilla Monitor, anda boleh memasang Tambahan Penyemak Imbas Pilihan Keluar Google Analytics.

Data teknikal. Mozilla menerima maklumat asas tentang versi perisian Tambahan Relay yang dipasang, dan peranti yang telah dipasangkan, termasuk sistem pengendalian dan konfigurasi perkakasan. Dalam perkhidmatan, Alamat IP anda dikumpulkan secara sementara sebagai sebahagian daripada log pelayan kami selama 90 hari. Kami menggunakan data teknikal untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan untuk pengguna kami, dan untuk mengukur prestasi perkhidmatan.

Data lokasi. Mozilla menerima alamat IP anda apabila anda mendaftar dan menggunakan perkhidmatan. Kami menggunakan alamat IP untuk menganggarkan lokasi anda kerana ketersediaan, harga dan tawaran Perkhidmatan Langganan Mozilla mungkin bergantung pada negara anda. Kami juga menggunakan alamat IP anda untuk tujuan pencegahan penipuan dan penyalahgunaan produk-produk kami.

Mesej e-mel Firefox Relay. Untuk menghantar dan memajukan mesej e-mel anda daripada alamat e-mel anda yang ditopengkan ke alamat e-mel utama anda, Firefox Relay akan memproses mesej e-mel anda. Kami tidak membaca atau menyimpan apa-apa kandungan mesej anda. Sekiranya e-mel tidak dapat dihantar kepada anda, kami akan menyimpannya pada pelayan kami dan akan menghapuskannya selepas e-mel ini dihantar (kami tidak akan menyimpannya lebih daripada tiga hari). Jika anda menggunakan ciri untuk menyekat e-mel promosi, perkhidmatan ini akan memeriksa pengepala e-mel untuk menentukan sama ada e-mel perlu disekat.

Topeng Firefox Relay (dan tempat anda menggunakannya). Mozilla mengekalkan salinan maklumat akaun anda untuk menyediakan perkhidmatan, terutamanya untuk menghubungkan alamat e-mel utama anda dengan alamat e-mel anda yang ditopengkan. Jika anda mencipta topeng tersuai, Mozilla menyimpannya untuk memajukan e-mel ke situ. Mozilla menyimpan laman web tempat anda mencipta topeng itu, laman web tempat anda kemudiannya menggunakan topeng itu, dan sebarang label yang dikaitkan dengan topeng itu untuk memastikan topeng anda mudah dicari apabila anda bersedia untuk menggunakannya. Ketahui cara untuk mendayakan dan menyahdayakan ciri ini.

Panggilan telefon dan mesej teks Firefox Relay. Untuk menghantar dan memajukan panggilan telefon dan mesej teks anda, Firefox Relay memproses nombor telefon dan mesej teks anda. Kami menyimpan log nombor telefon yang telah anda hubungi melalui Relay untuk menunjukkan log panggilan dan teks anda, menghantar balasan teks dan menyekat nombor telefon. Kami tidak memantau atau menyimpan kandungan panggilan telefon yang anda buat melalui Firefox Relay. Ketahui cara untuk mendayakan dan menyahdayakan ciri ini.

Maklumat kami kongsikan. Firefox Relay berkongsi maklumat dengan pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Mozilla mempunyai kontrak dengan syarikat-syarikat ini yang mewajibkan mereka untuk melindungi maklumat anda. Berikut ialah siapa yang kami gunakan untuk menyokong Firefox Relay:

  • Perkhidmatan Web Amazon. Amazon Web Services (AWS) ialah platform pengkomputeran awan. Firefox Relay menggunakan AWS untuk menerima e-mel yang dihantar ke alamat e-mel anda yang ditopengkan dan memajukannya ke alamat e-mel utama yang dihubungkan dengan akaun Mozilla anda. Hanya Mozilla yang tahu tentang hubungan antara alamat e-mel utama anda dan alamat e-mel anda yang ditopengkan.

  • Twilio. Twilio menerima nombor telefon anda, topeng telefon anda dan nombor telefon yang anda gunakan untuk bertukar panggilan telefon dan mesej teks. Twilio juga menerima kandungan mesej teks yang anda hantar dan terima melalui Firefox Relay dan Mozilla telah menetapkan perkhidmatan Twilio untuk memadamkan rekod mesej teks yang anda hantar dan terima melalui Firerox Relay selepas 7 hari.

Maklumat Lain yang Anda Perlu Tahu

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan data anda dan cara untuk mendayakan dan menyahdayakan sync. Dan juga kebanyakan maklumat yang kami simpan tentang pengguna akaun Mozilla kami mudah diakses dengan mendaftar masuk ke akaun anda, di mana anda juga boleh mengemaskini tetapan perkongsian data anda. Untuk membuat permintaan tentang data peribadi anda, sila hubungi kami melalui Portal Permintaan Akses Subjek Datakami.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain tentang amalan data peribadi atau privasi kami, sila hubungi kami di compliance@mozilla.com.

Kami memberi maklum balas kepada semua permohonan yang kami terima daripada individu yang ingin melaksanakan hak perlindungan data mereka tanpa mengira tempat tinggal mereka. Kami akan menghormati permohonan anda melainkan keperluan undang-undang menghalang kami daripada berbuat demikian atau pengecualian undang-undang dikenakan.

Sila kunjungi forum kami untuk bantuan sokongan umum.